Saturday 23 June 2012

Exam semester 4 sudah nak datang

Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam sedar tak sedar,
pejam celik pejam celik,
banyak dugaan datang dan perlu harungi,
assignment yang melambung,
sibuk nak join itu dan ini,
handle itu dan ini,
kejar nak cuti nak balik,
pastu dengan submission lagi,
proposal dissertation,
tak lupa dengan presentation
berlakon, video mandarin,
dan test.
Alhamdullilah semua untuk 14 minggu untuk semester 4 dah berakhir :)

dan sekarang masa untuk berjuang menghadapi exam, hehe

ni la jadual exam saya, haa macam pack kan, tapi saya boleh balik awal, tapi kalau banyak gap lagi bagus kan, haa banyak tapi kan, haha

Bismillahirrahmanirrahim,
"Ya Allah, permudahkan aku dan kawan-kawanku menghadapi peperiksaan, berilah kesihatan yang baik untuk kami dan jauhkanlah kami dari sifat malas sepanjang minggu exam ini, dan bantulah kami didalam dewan peperiksaan nanti, agar kami dapat luahkan apa yang telah kami pelajari."
Ameen :)

p/s : untuk semua kawan-kawan yang nak menghadapi exam, all the best !



Thursday 14 June 2012

Kenapa ek ?

sekarang,

classmate, housemate, roomate, carmate, semua mate-mate saya cakap pasal
" waa cantiknya tunang, nak tunang laa "
" waa cantiknya baju kawen, nak kawen jugak " haha
" woww, bestnya kalau boleh kawen "
" bila nok kawen ni ? "
" ee, dok sabor nak kawen, pakai baju cantik-cantik "

dan ada yang dah mula tengok baju kawen, tengok pelamin, tengok gambar-gambar kawan / sapa-sapa kadang x kenal pun tapi tengok gambar kawen mereka, tengoh gubahan hantaran, hahaa dan banyak plus macam-macam yang berkaitan dengan tunang dan kahwin, masing-masing sampai seru doh ke ? :D

apa-apa pun saya doakan kawan-kawan saya dapat jodoh yang terbaik, jodoh dunia dan akhirat ! ;) kawen WAJIB ajok mira yeep !

Kem Lang Buana, here I come :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam sibuk buat assignment, tapi terasa nok post pasal latest program yang saya join, hehe
Kem Kerohanian & Kem Ibadah, anjuran Persatuan PERUBAHAN, UiTM Seri Iskandar dan Perak,
macam joint venture dua company plak ni, haha
Tempat : Kem Lang Buana - haa ingat x cerita senario Lang Buana ? tempat tu laa
sangat cantik, tak terkata lah, indah ciptaan Allah.
walaupun kat pedalaman, tapi bila masuk kem tu memang best lah :)
dan yang lagi best, kawan-kawan sekeliling.
disebabkan budak degree ni sibuk, program ni buat 2 hari 1 malam je,
kalau ikut memang tak puas tapi memikirkan banyak pending assignment, so kena balik laa, haha
btw, ada nama kem Ibadah sebab ade selit solat berjemaah, dan ceramah agama.

Aktiviti :


  1. Nighwalk - jalan dalam gelap masuk kebun kelapa sawit. kelapa sawit kebun ke ? haha
  2. Fireball - boleh bayang x main bola yang berapi, haa. ni nak menguji keberanian. ade yang sampai seluar terbakor, haha
  3. Jungle Treakking (dalam group dan ada 4 checkpoint) - checkpoint 1st nyanyi lagi Negaraku :) 2nd checkpoint jawab soalan, soalan dan jawapannya  kat bawah. lain-lain check point kelakar je lebih.


  • apa yang paling dekat dengan kita ? = MATI
  • apa yang paling ringan ? = meninggalkan SOLAT
  • apa yang paling berat ? = AMANAH
  • apa yang paling tajam ? = LIDAH

       * moral : sebelum ni saya x tahu pun pasal ni, tapi semua tu memang betul, MATI dekat tapi kita selalu lupa. SOLAT ringan, 5 minit je tapi kita selalu pentingkan benda lain lebih dari solat. nak jadi AMANAH memang berat. dan yang paling tajam LIDAH, dengan lidahla kita buat fitnah, mengata, kutuk dan sebagainya. betul kan ?



       4.  Memerang Floating - haa yang ni best gila sebab boleh mandi kat sungai perak, sampai 3 km :)

dan sekarang, Alhamdulillah, peak days dengan assignment, test dan sebagainya sudah habis, tunggu nak final exam je lagi :)

     


Tuesday 5 June 2012

GEMUK


Dulu, saya tak tahu macam mane perasaan orang bila dia cerita :
- seluar dah tak padan
- baju dah ketat, x muat
- badan dah berat nak jogging
- x best nya dah gemok

dan sebagainya yang berkaitan dengan berat badan lah

tapi sekarang, saya alaminya dengan sendiri, haha

HELLPPP !

Monday 4 June 2012

Seorang

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang,
drive dari kl to seri iskandar, perak, perak to kl, 2 jam lebih je pun,
bukan first time, dah beberapa kali,
saya perempuan, dan zaman sekarang memang dah banyak perempuan yang berani drive sorang-sorang (termasuk saya lah kan, haha) jauh plak tu,
dan pengalaman saya, xde beza pun drive sorang ke ramai orang ke,
cuma, xde orang nak bercakap ngan saya lah time drive tu,
kalau saya cerita pun, xde orang nak dengar cerita saya, haha
actually, papa saya tak bagi pun drive sorang-sorang ni, kalau boleh dia yang nak tolong hantar,
tapi dengan beribu alasan saya bagi, dia lepas lah (anok papa ni berani kan)
dan mama saya, macam-macam la dia pesan, saya tau ade kerisauan dalam alunan suaran dia,
tapi dengan tekad x nak menyusahkan orang especially parents saya, saya beranikan diri :D
dengan itu, saya belajar untuk berdikari tanpa mengharap dan bergantung pada orang.

saya tahu, orang sekeliling saya pinjaman yang Allah bagi, masuk kubur, kena masuk sorang jugok. so, saya gunakan masa drive sorang untuk ingatkan Allah dan berselawat :) dan Alhamdulillah saya selamat sampai dan perjalanan saya mudah.

walaupun pada awal perjalanan biasanya ade jugok kerisauan dalam hati, panjang umur sampailah kan, kita x tahu masa akan datang kita macam mana, kita hanya merancang Allah menentukan, jadi saya niat dalam hati perjalanan saya kerana Allah taala dan berharap Allah lindungilah saya dari apa-apa masalah sepanjang perjalanan.
yang paling papa saya risau, saya tak reti nak tukar tayar kereta, kalau tayar rosak macam mane ? haa
saya pun cakap la ' insyaAllah Allah tolong la, kalau berlaku pun tu ujian untuk mira belajor' cey cey haha, tapi dalam hati sebenornya memang mintok jauh laah :)



nota : hanya bercerita pengalaman yang ada :D tapi sebenarnya, saya tak tahu tajuk tu sesuai ke tak, haha