Friday 18 May 2012

SENYUM

Bismillahirahmanirrahim

belajar untuk senyum, tak perlu kata apa-apa :) haha tiru lirik lagu ye
SENYUM, kadang-kadang kita lupa nak senyum kat orang kan, nak nak kalau tengah marah, bengang dan sebagainya lah, termasuk saya, ada masa saya pun lupa
tapi kan, senyum tu sedekah
dan yang bagusnya, kalau kita senyum, sejuk hati orang tengok kita, orang nak cakap ngan kita,
nak-nak kalau kita gi kedai kan, kalau masuk-masuk kita senyum, orang kat kedai tu lagi la tak segan nak layan kita,
cuba kalau kita masuk kedai kita masam, orang tu pun malas nak layan kita, pastu mula la kita cakap dalam hati, sombong la orang kedai ni, haa betul x ? hehe

sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : " Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis ( wajah gembira dan senyum ) " - Hadis Riwayat Muslim

Nabi s.a.w pun suruh kita senyum, jadi walau apa pun keadaan, apa pun perasaan , tengah marah ke, tengah geram ke, tengah x suka ke, jom kita senyum :) senyum se ikhlas hati, nanti semua perasaan geram ke apa ke dah tak rase dah, kalau x caya cuba try, haa

so sekarang kawan-kawan, one two three dan ...


senyum :)

selain dapat pahala tau kalau kita senyum, senyum pun boleh mengeratkan silaturrahim semasa saudara kita, kawan-kawan kita, dan orang sekeliling kita. senyumlah kalau kita nak orang senyum kat kita, hehe


p/s : untuk ingatan bersama :)








2 comments: