Wednesday 30 May 2012

terima kasih PAPA

Bismillahirrahmanirrahim,

PAPA, lelaki yang paling saya sayang kat dunia ni (sebab sy x kawen lagi)
terima kasih for everything, for sure papa mesti dok bace kot entry ni,
or maybe time papa bace, mira kahwin doh ke (ade hati nok kawen awal, hehe)
or maybe time tu mira ade anok doh (woww)
tu kalau umur panjang, either umur mira or umur papa lah,
tapi mira sokmo doa biar papa ngan mama panjang umur,
papa penoh kabo, x perlu doa umur panjang (x ingat la bila papa kabo, tapi mira ingat la statement ni)
tapi, mira doa jugok, sebab ? biar mira je la tahu

papa,

setiap kali papa bagi duit, mira ucap terima kasih, and i really mean it, bukan saje-saje
setiap kali papa belanja makan, ada masa mira malu nok kabo "papa, thank you" tapi dalam hati nok je mira kabo ke papa, terima kasih
setiap kali papa kabo "letihnya banyok keje, tapi dakpe la untuk anok-anok" time tu nok je mira kabo, terima kasih papa

setiap kali papa hantar mira perok, jauh tu
setiap kali papa drive walaupun mira duduk belakang boleh je drive
setiap kali papa teman mira shopping, beli kasut, seluar, jalan-jalan kat danau kota,
setiap kali papa kabo papa doa doh ke mira untuk exam
setiap kali papa bawok mira gi klinik, sebab mira ni suka sangat sakit (kena kluar duit lagi)
setiap kali papa beli vitamin-vitamin untuk mira, bukan muroh, hmm
setiap kali papa bagi duit untuk baiki kereta
setiap kali papa bagi duit untuk laptop mira hok sokmo rosok (mira x reti bab laptop ni)
dan banyok setiap kali lagi la ..
ada masa, mira malu nok ucap terima kasih (anok papa ni pemalu sebenornya :) haha)
ada masa, mira excited sangat sampai x ingat nok ucap
ada masa, mira ucap, tapi mira x tahu perasaan terima kasih seikhlas hati hok mira ucap tu sampai dok ke papa

dan sekarang, untuk papa :

TERIMA KASIH PAPA ! i really mean it.


p/s : tiba-tiba nok tulis pasal papa, tapi tu semua bukan papa sorang je bagi, ada masa mama pun banyok menyumbang sampai umur mira sekarang ni. KALAU mama terbace, jangan terasa, mama pun THE BEST MAMA in the world untuk mira. walaupun mira jarang sebut ni, but i really really mean it "mira sayang mama & papa sangat-sangat !" :)


" Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil ku "



nota akhir : saya tulis apa yang saya rasa saat ni, walaupun saya tak tahu papa ngan mama saya akan baca ke x :D

Sunday 27 May 2012

cuti hari GAWAI :)

Pengalaman balik cuti hari gawai, haa
sepanjang duk perok, ni 1st time la kereta viva putih saya balik terengganu lalu ikut Gerik, hehe
bertolak around pukul12 malam, bersama 4 manusia dalam kereta tu, sorang pilot, sorang co-pilot dan 2 orang penumpang biasa, haha
sampai pukul 7 pagi, waa best gila bila sampai-sampai tengok terengganu, tengok rumoh, menda special x tahu, sebab ada papa ngan mama saya kot yang buat terengganu ni special :)
sepanjang perjalanan lalu gerik, for the first time, tengok gajoh ( elephant ) depan mata, bukan kat zoo ni, tapi kat jalan, 3 ekor pulok tu, besor. ada ayah, mak ngan anok ( saya rasa tu anok beranok la ), haha. orang lain hok biasa lalu jalan gerik tengoh malam mesti biasa tengok kot, tapi bagi saya tu 1st time lah :)

and sekarang, Terengganu here i am, cuti seminggu, akan saya manfaatkan sepenuhnya, yang penting, ASSIGNMENT, sangat banyok, waaa. tapi nok wat gane, student kan, cuti-cuti pun assignment kena jalan, haha macam bagus je

p/s : saya x tahu saya merapu menda tapi ni KISAH BENAR saya, haha

Tuesday 22 May 2012

Positif


Bismillahirrahmanirrahim,

Positif,

"JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH PADA ORANG YANG JAHIL DALAM AGAMA KERANA, MUNGKIN SAHAJA, SUATU HARI NANTI, SI JAHIL ITU BOLEH BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH MENGETAHUI AGAMA DARIPADA KITA" :)

Betul kan ? contoh terdekat, kita tengok dah ramai artis berubah, Wardina, Diana Amir, dan ramai lagi lah, Alhamdulillah. sebab tu kita kena befikiran positif, jangan pandang rendah kat orang, jangan fikir negatif dan rasa kita ni bagus sangat, paling penting, doa agar saudara islam kita berubah ke jalan Allah.


p/s : untuk ingatan bersama :)




Friday 18 May 2012

SENYUM

Bismillahirahmanirrahim

belajar untuk senyum, tak perlu kata apa-apa :) haha tiru lirik lagu ye
SENYUM, kadang-kadang kita lupa nak senyum kat orang kan, nak nak kalau tengah marah, bengang dan sebagainya lah, termasuk saya, ada masa saya pun lupa
tapi kan, senyum tu sedekah
dan yang bagusnya, kalau kita senyum, sejuk hati orang tengok kita, orang nak cakap ngan kita,
nak-nak kalau kita gi kedai kan, kalau masuk-masuk kita senyum, orang kat kedai tu lagi la tak segan nak layan kita,
cuba kalau kita masuk kedai kita masam, orang tu pun malas nak layan kita, pastu mula la kita cakap dalam hati, sombong la orang kedai ni, haa betul x ? hehe

sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : " Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis ( wajah gembira dan senyum ) " - Hadis Riwayat Muslim

Nabi s.a.w pun suruh kita senyum, jadi walau apa pun keadaan, apa pun perasaan , tengah marah ke, tengah geram ke, tengah x suka ke, jom kita senyum :) senyum se ikhlas hati, nanti semua perasaan geram ke apa ke dah tak rase dah, kalau x caya cuba try, haa

so sekarang kawan-kawan, one two three dan ...


senyum :)

selain dapat pahala tau kalau kita senyum, senyum pun boleh mengeratkan silaturrahim semasa saudara kita, kawan-kawan kita, dan orang sekeliling kita. senyumlah kalau kita nak orang senyum kat kita, hehe


p/s : untuk ingatan bersama :)








Tuesday 15 May 2012

Tahniah Hajar !

Bismillahirrahmanirrahim,


Perkenalan yang tak disangka, zaman diploma dulu, hajar selalu datang kat bilik,
tapi masa tu bukan nak jumpa mira pun, jumpa roomate,
mintak nota, tanya soalan, mintak ajar time exam, sebab kitaorang kira senior hajar time tu,
walaupun beza 1 sem je, dan x ada perbezaan umur pun, hehe
dan masa tu, sebab hajar selalu sangat datang bilik, nak nak time exam,
share cerita, share itu dan share ini, persahabatan terjalin :)
semester terakhir hajar, part 6 sempat la lepak kejap kongsi-kongsi cerita ngan hajar
Alhamdulillah,

14/5/2012 Hajar dah konvo, congratulation Hajar ! :)





dan Alhamdulillah,
dengan persahabatan ini, bertambah sahabat saya, ukhuwah sesama islam, ikhlas kerana Allah s.w.t, harap persahabatan x berhenti di sini. Selamat Maju Jaya Hajar ! perjalanan masih jauh, andai dipanjangkan umur kita jumpa lagi :D



Thursday 10 May 2012

Kelakar la you :)

Hanim teman serumah saya, and hari ni, ade cerita kelakar untuk dikongsi, haha

Hanim, handphone dia x boleh nak call out and msg, tapi call in boleh,
so dengan perasaan tertekan tension xleh call orang, dah la tengah busy, apa masalah la handphone dia tu,
dengan sedaya upaya, semua housemate tolong dia, iffa 'penrepair' terbaik dalam rumah ni tolong dia tengok kat mana rosak, hanis volunteer untuk tukar handphone sebab ingatkan handphone dia rosak
and saya, x sanggup tengok hanim serabut dengan handphone nya bagi la cadangan untuk call celcom center tanya apa masalah, kot la masalah ngan celcom
tapi xde orang nak tolong cakap ngan celcom, tasya volunteer 'meh aku cakap' haha
 call punya call line celcom busy tapi tunggu la jugak untuk cakap ngan customer service,


Apalah masalh handphone hanim ni ??


Tasya : encik, number kawan saya sekian sekian ada masalah sekian sekian, kenapa ek encik celcom ?    daripada semalam x leh call x leh msg, yang pelik orang call in boleh je, ni masalah hp kawan saya ke masalan line celcom ?

Encik Celcom : sebenarnya ni masalah kawan awak x topup, x boleh la nak call out dan msg, kena topup dulu

Tasya : kawan saya cakap kredit dia banyak, RM30 lebih ni, macam mana boleh takde credit pulak ?

Encik Celcom : memangla credit banyak, tapi date dah expired, RM5 untuk tiga hari je, RM10 untuk 10 hari je, dan RM30 untuk 30 hari je

Tasya : owh ye ke ? ( dengan perasaan malu, haha ) terima kasih encik

then lepas letak je call tu, kitaorang gelak sakan, HANIMMM x check awal-awal ke ? buat malu je, haha
HANIMM cakap la dia x perasan tarikh tu expired, dia memang tengok expired 5/5/2012, tapi dia ingat lambat lagi, dia ingat sekarang baru bulan 4, haha


* moral of the story, check betul-betul credit, expired date, hehe
p/s : yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran :)

PASTI

Bismillahirrahmanirrahim

KEMATIAN itu pasti, walau kat mane pun kita berada.
tapi, kadang-kadang kita lupa, sebab nikmat dunia ni kita rasa banyak sangat sampai x ingat akhirat.
walhal kita dunia ni sebenarnya untuk kumpul bekalan untuk akhirat kelak.
hari ni kita menulis, tapi belum tentu esok kita ade peluang untuk menulis lagi.
hari ni kita jumpa parents kita, kawan-kawan kita, tapi esok belum tentu lagi.


" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu, barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung, kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan " ( Al Imran 185 )

Ya Allah, terimalah amalan-amalan kami, jauhkanlah kami dari kemungkaran agar kami dekat dengan Mu di dunia dan diakhirat, bukakanlah pintu kebaikan untuk kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, dan bahawasanya kami kepunyaan Engkau dan kepada Engkau jua lah kami kembali




Sunday 6 May 2012

dia dah KAHWIN

kenapa tittle pasal kahwin ?
ni bukan pasal kekasih lama baru kawen, haha
sebenarnya baru bace pasal love story Dena Bahrin, boleh pegi kat blog Dena Bahrin untuk baca,
sangat interesting, bila bace tu jadi emm speechless, x terkata lah, haha
rase macam wah bagusnya, bercinta selepas kahwin, teringin pun ada :D
btw, video pasal macam mana tunang dia ( husband dia sekarang ) proposed dia pun ade before this,
tersebar meluas, saya yang tengok pun terharu, apetah lagi tuan punya badan kan.

walaupun x kenal, just bace blog dia je, tapi sebagai saudara sesama islam, saya doakan untuk awak :)
Hopefully Dena Bahrin & suami bahagia dunia akhirat & dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah !


conclusionnya : rancangan Allah tu sangat teratur dan sangat baik, dena tu pun ade kate dia x pernah sangka untuk kahwin seawal umur 20 tahun dan dengan orang yang x pernah dia kenal, subahanAllah


Bismillahirrahmanirrahim,